Sunday, October 31, 2010

TIP PERSEDIAN PERKAHWINAN DAN TEMPAHAN TERAKHIR KURSUS PRA PERKAHWINAN 2010 BAGI SESSI NOVEMBER - DISEMBER 2010 - KURSUS KAHWIN PUTRAJAYA

TIP PERSEDIAN PERKAHWINAN DAN TEMPHAN TERAKHIR KURSUS PRA PERKAHWINAN 2010 BAGI SESSI NOVEMBER - DISEMBER 2010

TEMPAHAN TERAKHIR SESSI 2010 KINI DIBULA MULAI NOVEMBER - DISEMBER 2010

MAKLUMAT TERKINI »
KURSUS PRA PERKAHWINAN AKAN DATANG DI PRA PERKAHWINAN DI PUTRAJAYA


Tarikh : 6-7 November 2010 Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 13-14 November 2010 Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 20-21 November 2010 Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 27-28 November 2010 Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 4-5 Disember 2010 (Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 11-12 Disember 2010(Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 18-19 Disember 2010 (Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 25-26 Disember 2010 (Di Buka Untuk Tempahan)

Untuk Booking Secara berkumpulan anda boleh emailkan ke kursuskahwin@ymail.com
ikut contoh format seperti dibawah :

BIl., Nama Penuh, No. IC, No. HP, Tarikh, dan Setiawangsa
1.
2.
3.
.
10.

dan emailkan ke kursuskahwin@ymail.com


UNTUK BOOKING SMS

SMS : PUTRA, NAMA PENUH / NAMA PASANGAN, TARIKH NAK KURSUS
kursus diadakan setiap sabtu dan ahad sahaja.

Contoh : PUTRA, ANUAR AZLAN BAHRIN / AYU MAZRIANAH ABD WAHAB, 30-31/10/10

HANTAR KE : 012-294 3040 / 012-634 6533

Atau hubungi talian hotline kami di : 03-4260 4329 / 03-4253 3864

WAKTU KURSUS
Sabtu : 2.30ptg - 6.30ptg
AHAD : 9.00 pagi - 5.30ptg

RM80 / PESERTA


Senarai Semak Bakal Pengantin


6-10 Bulan

* Tentukan hari perkahwinan

* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan.

* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf.

* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak.

* Tentukan tempat kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel.

* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis

* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan

* Pilih pengapit-pengapit anda

* Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan

* Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami

* Pilih baju untuk pengapit

* Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun

* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai

* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan oerhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya.

* Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda

* Sediakan dokumen ini:

o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
o Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur dan lain-lain.
o Kebenaran kedutaan jika warga asing
o Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
o Surat Perakuan Bujang dari majikan


4-6 Bulan


*Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara

*Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan

*Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori

*Siapkan bilik atau rumah pengantin





3-6 Bulan


*Hadiri kursus Pra Perkahwinan

*Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri

*Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan

*Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid

*Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu

*Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh

*Pilih cincin perkahwinan

*Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri

*Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda

*Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan.

*Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh

*Tentukan aturcara majlis

*Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin

*Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain.




2-4 Bulan

*Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudari dari luar negeri

*Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam

*Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering

*Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk

*Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu

*Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu

*Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap

*Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan





7 Hari

*Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu

*Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik

*'Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas

*Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan.

*Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat.

*Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka.



1 Hari

*Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam

*Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan

*Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan.

*Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda.

*Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.


Hari Majlis

*Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan.

*Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah

*Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda


Selepas Majlis

*Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa

*Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir

*Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab

*Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.

*Selamat Pengantin Baru kepada anda....


selamat pengantin baru....

dan selamat berhoneymoon